Sebaik-baiknya Sahabat
Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat
gerak-gerinya teringat mati..
“Sebaik
baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya
dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap
jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH
SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu
juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari
berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak
suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap
ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
LL
Inilah
antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai
bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat
ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya.”
dan
hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.Dalam Islam faktor memilih
kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang
sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk
personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak
muka semasa senang
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar…
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan…
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian… SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN…
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan…
SAHABAT sejati mnjd pendorong impian… SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN…
http://oetami11.student.umm.ac.id/

0 komentar:
Posting Komentar